Masa & Pendaftaran
02Keselamatan & Keselesaan
- Waktu Senyap (Quiet Hours): Bermula 10:30 malam hingga 7:00 pagi. Muzik kuat, karaoke, dan perbualan bising tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh ini.
- Api unggun / BBQ hanya dibenarkan menggunakan tempat pembakaran yang disediakan. Jangan bakar terus di atas tanah liar.
- Barang-barang berharga adalah tanggungjawab sendiri. Pihak pengurusan tidak menanggung sebarang kehilangan atau kerosakan.
- Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan anak-anak, terutamanya di kawasan sungai.
03Kebersihan & Alam Sekitar
- Sisa Sifar (Zero Waste Principle): Bawa keluar apa yang anda bawa masuk. Sila buang sampah di tempat pengumpulan sampah yang disediakan sahaja.
- Dilarang membuang sampah, sisa makanan, benda asing, atau bahan kimia ke dalam sungai.
- Dilarang menebang pokok, mematahkan dahan hidup, atau merosakkan flora di kawasan sekitar perkhemahan.
- Gunakan fasiliti tandas dan sinki dengan berhemah dan pastikan ia sentiasa bersih untuk kegunaan orang lain.
04Haiwan Peliharaan
- Haiwan peliharaan dibenarkan TETAPI mestilah sentiasa diikat (leashed) atau berada di dalam sangkar/kawalan penuh pemilik.
- Bunyi bising dari haiwan peliharaan yang mengganggu pengunjung lain tidak dibenarkan.
- Pemilik bertanggungjawab membersihkan najis haiwan peliharaan serta-merta.
Dengan memasuki kawasan perkhemahan, anda bersetuju untuk mematuhi semua peraturan di atas. Pihak pengurusan berhak mengarahkan sesiapa yang melanggar peraturan untuk meninggalkan tapak perkhemahan tanpa sebarang pemulangan wang.
Saya Setuju & Ingin Book Tapak